Biasa hacker yang hebat nie kita tengok dalam movie atau tv series je. Lagipun biasanya hacker yang infamous adalah orang US, UK, Korea, Japan, China dll sahaja. Pengasas Facebook Mark Zuckerberg sendiri adalah hacker yang hebat kalau anda tengok cerita The Social Network.
Siapa sangka yang Malaysia ada hacker berkelas dunia tersendiri, dan aku boleh sifatkan sebagai hacker terhebat pernah muncul di kalangan rakyat Malaysia setakat ini. Malangnya hacker ini telah ditahan di US berikut jenayah melibatkan kecurian 400,000 nombor kredit dan debit kad serta lain-lain kesalahan berikut jenayah pencerobohan siber.

Berita penuh di Malay Mail (link)
Lin Mun Poo, 32, rakyat Malaysia ditahan oleh US Secret Service atas kesalahan;
hacking sistem banking US Fed Reserve
Mencuri hampir setengah juta nombor kad kredit dan debit
Menceroboh sistem Pentagon yang sophistikated, di-suspek mencuri maklumat berkaitan logistik military
Suspek ditahan pada 21 Oktober ketika sedang menjual maklumat kredit kad yang dicuri pada harga US $1000 (RM3120) di sebuah restoran di New York. US Secret Police telah merampas sebuah laptop kepunyaan suspek yang telah di-encrypted dengan tahap sekuriti yang tinggi. Di dalam laptop tersebut, terdapat banyak maklumat peribadi dan sulit dipercayai diperolehi dengan cara hacking.Dikatakan juga suspek membina kerjaya underground dengan menceroboh banyak server syarikat-syarikat kewangan, kontraktor serta banyak syarikat-syarikat besar. Dan biasanya maklumat yang dicuri akan dijual atau di-exchange dengan perkara lain secara underground juga.Buat masa sekarang suspek masih ditahan dan dalam proses perbicaraan. Tak tahu la apa nasib Lin Mun Poo, ada talent yang seorang dalam sejuta pun belum tentu ada tapi sayangnya digunakan pada tujuan yang salah.Kan bagus kalau segala skill luar biasa dan kebijaksanaan beliau digunakan untuk tujuan yang bagus. Kalau Malaysia ada Mark Zuckerberg sendiri mesti ramai yang bangga kan, tak gitu?
Kepada hacker-hacker Malaysia dan script kiddies di luar sana, gunalah talent yang diberikan oleh Tuhan kepada anda di jalan yang benar, tunjukkan pada dunia Malaysia juga ada insan yang berbakat dan berguna kepada bangsa manusia sejagat di dunia.
No comments:
Post a Comment